m e m o r y
about stuffs links home twitter


Panggilan Misteri
Tuesday, 19 June 2012 | 06:53 | 3 comments

Tumblr_m5x4ejrfxt1rt7bvzo1_400_large
Assalammualaikum semua….hari ni liana nk berstory mory tentang peristiwa yg liana sendiri alami beberapa minggu lepas..ok,bersedia lah untuk mendengar cerita ini .
p/s: sila pastikan pop corn berada di setiap sudut . opss,jgn lupa bawa air suam sekali untuk buat spare takut-takut tercekik  pop corn ketika membaca entry ini

Pada suatu hari yg berwarna warni ,tinggal seorang kanak-kanak istimewa yg baik lagi comel dari segi dalamannya. Tetapi dari segi luarannya pula….masyallah! hampeh tiada harapan untuk jadi manusia. Dia tinggal di dalam sebuah rumah bersama abang busuknya kerana mak dan bapaknya keluar untuk mencari nafkah. Kanak-kanak itu bernama ayumi mitsuko untuk panggilan versi jepun.jika ditranselitkan ke bahasa melayu pula ia akan berbunyi LIANA. Dia berumur 14 tahun 3 bulan 2 hari.

Semasa dia tengah khusyuk menonton drama wonderpet di tv9,dia terdengar deruman motosikal 125xz abangnya yg telah separuh abad wujud dekat bumi ini. Dia sudah  tahu dan faham bahawa abangnya akan "merempit" di BAWAH SINARAN MATAHARI YANG TERIK untuk pergi ke tempat kerjanya bersama-sama moto caboknya itu. Jadi tinggal lah kanak-kanak yg bernama liana itu bersendirian....

Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang sedang memanggilnya "adeeekkk..." . Tanpa membuang masa dia terus menjawabnya kerana dia menyangka maknya yg memanggilnya.Tetapi panggilan itu tidak disahut semula..aneh bukan?! Dia mula hairan sambil menggaru kepalanya yg tidak gatal sambil mencari mangsa tsunami yg lemas di belakang longkang rumahnya maknya tetapi tidak menjumpai. Siapakah yg memanggilnya tadi?? Hantu kah? Jembalang kah? Ataupun Dinasor kah?

Beberapa minit kemudian suara itu datang kembali sambil membawa nasik lemak memekik "addeekk…" . Sepantas kilat dia menjenguk di jendela rumahnya dan terdapat seekor kambing yg berwarna coklat ala-ala coklat Cadbury serta mempunyai dua telinga sedang meragut rumput di luar rumahnya. Ahah!!!! (mentol lampu berkelip-kelip) misteri sudah selesai…rupa-rupanya kambing itu sedang mengembek tetapi liana dengar binatang itu memanggilnya “adeekkk”
#@$%#*@ lha..


p/s: perhatian budak ini mempunyai banyak masalah termasuk lah masalah pendengaran….jadi berhati-hati lah di jalan raya ketika memandu ><


Nota-mintak-kaki: jika terdapat unsur-unsur penggunaan ayat terlampau sila abaikan kerana ia buka ditaip oleh liana tetapi tangan liana yg menaipnya *serius x lawak*